Tuesday, September 12, 2017

Rendang Ayam

RESEPI RENDANG AYAM

1 ekor ayam
Santan kotak kecik
Kerisik
Daun kunyit

(BAHAN BLENDER)

Bawang besar
Bawang kecil
Bawang Holland
Halia 2 inci
Lengkuas sikit je
Serai dlm 5 btg
Cili mesin 4 sudu@ lbh
Rempah kari 1 bnkus
Garam aji gula  agak2

CARA NAK MASAK

1) Tumis bahan blender sampai garing @ terbit minyak.

2) Dah garing masuk ayam. Air letak sikit biar kuali tu tak hangit.

3) Dah golek2 ayam masuk santan yang kite dah bancuh dengan air selalu tu..tambah lagi air  kalau nampak tak tenggelam ayam (tapi ayam tu nanti keluar air dia )

4) Masuk garam + aji + kerisik + gula skit je.Pastu biar gelegak

5) Dah agak kering masukkan daun kunyit hiris..(kalau arwah mama koyak2 je)

6) Pastu blh angkat...

*jgn kering sgt nnt x de kuah pulak
*gula tu agak2 la klu manis sgt pun x sedap




*mintak resepi dengan kakak ipar sebab dia sempat banyak belajar masak dengan arwah mama ❤️






Monday, July 3, 2017

Lontong


( Hidangan : 5 orang )

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
2 camca besar udang kering, rendam lembut dan toskan

8 tangkai kacang panjang ~ potong 1 inc
2 keping tauhu ~ di potong dadu dan di goreng
2 keping tempe ~ di potong dadu dan di goreng
1 keping fucuk atau tauhu kering ~ potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana ~ dipotong  mancis
1 biji sengkuang saiz kecil ~ dipotong mancis
1/4 kobis ~ dihiris kecil
sedikit soon ~ di rendam

Air secukupnya
200 ml santan pekat ( 1 kotak kecik santan )
2 batang serai ~ dititik
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara :

1) Panaskan minyak dalam periuk, Tumiskan bahan kisar dan serai titik hingga harum dan terbit minyak.
2) Masukkan air dalam setengah periuk dan biarkan kuah mendidih
3) Bila kuah dah mendidih masukkan dahulu sayur yang keras seperti, kacang panjang, lobak, sengkuang , fucuk dan masak hingga lembut
4) Masukkan tauhu dan tempe
5) Biarkan ia merenih sebentar.
6) Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa
7) Akhir sekali masukkan soon dan kobis
8) Didihkan sekali lagi dan terus matikan api



Lontong di makan bersama telur rebus, sambal tumis, serunding atau sambal kacang.



P/s: Resepi lontong ni dari blog hakak ni masam manis untuk rujukan kami satu family :)
Updated by: Kakbena.
Good Luck ! 

Tuesday, May 2, 2017

Ikan Siakap 3 Rasa



  


A) Bahan-Bahan Utama :
1. Ikan siakap: 1 ekor (perap dengan garam + kunyit + tepung jagung: PETUA MAMA)
2. Tomato: 1 biji (potong dadu kecil)
3. Bawang besar merah: 1 biji (potong dadu kecil)
4. Daun bawang: 2 batang (potong kecil: untuk hiasan)





B) Bahan-Bahan Tumisan (Dari kiri):
Halia
Cili padi hijau
Cili merah besar
Bunga kantan
Nenas (Dalam tin)
Bawang merah kecik: 5 ulas
Bawang putih: 5 ulas
Daun limau purut: Racik halus

P/s: Semua bahan dicincang halus.




C) Bahan-Bahan Sos:
Sos ikan: 3 sudu (any brands)
Sos cili: 3 sudu
Kicap lemak manis (Ikot tahap kepekatan masing-masing) 
Sos tiram: 3 atau 4 sudu
Kiub pati ayam: 1 kiub
Serbuk lime: 1 teaspoon (perahan limau nipis pon boleh)
Gula 
Garam


P/s: Kalau nak warna merah yang menarik . Tambahkan cili kisar dalam 1 atau 2 sudu besar.



D) Cara-cara:
1. Goreng ikan siakap hingga garing.
2. Tumiskan bahan-bahan tumisan (B) mengikut aturan di atas sehingga naik bau. 


 
3. Tumis sehingga kelihatan masak dan lawa warnanya.
4. Masukkan nenas + cili blend.
5. Kacau hingga sebati. 



6. Masukkan bahan-bahan sos (C). Tambah sedikit air jika terlalu kering.
7. Perasakan dengan gula dan garam.




8. Siap ! Taburkan daun bawang. Hidangkan :)

P/s: Resepi dari Facebook @ Google untuk rujukan kami satu family :)
Updated by: Kakbena.

Good Luck ! 
 
 

Tomyam Campur Ala Thai

A) Bahan-bahan:



1. Cili Kisar: 4 sudu besar
2. Serai: 5 batang (ketuk bahagian hujung)
3. Daun limau purut: 6 keping
 



4. Kobis bunga + Carrot
5. Tomato: 2 biji (Belah Epal)
 6. Cendawan: 1 paket



7. Kiub pati tomyam Maggie: 2 kiub
8. Pes tomyam (Penutup putih)
9. Pes tomyam Thai (Penutup biru): 1 sudu besar
10. Seafood: Udang + sotong + isi ayam



11. Bawang Holland: 1 biji ( Hiris besar)
12. Cili padi: 6 biji (Ketuk kalau mahu pedas)



B) Cara-cara: 

 
1. Tumis cili kisar. Masukkan serai. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan kiub tomyam maggie.
3. Masukkan air (Paras: 1/2 periuk)


4.  Masukkan 2 jenis pes (tomyam: cap putih +  tomyam thai: cap biru) .


5. Masukkan udang + sotong + isi ayam.
6. Masukkan cendawan. Biarkan sehingga mendidih.
7. Masukkan tomato (Last sebab lembut & elak lembik)

 
8. Masukkan bawang Holland + cili api + daun limau purut.
9. Tambahan: Perahkan air 1 biji limau kasturi (buang biji)


10. Tambahkan garam + ajinamoto (1 teaspoon)
11. Siap ! Hidangkan :)


P/s: Resepi dari Facebook @ Google untuk rujukan kami satu family :)
Updated by: Kakbena.

Good Luck !



Sup Telur


Bahan-bahan:
Telur
Isi ayam dada (Dihiris nipis)
Sayur (Kobis bunga + Carrot)
Bawang merah + Bawang Putih
Halia (Penting)
Cili (Dihiris nipis)
Limau kasturi (Perahan air limau)
Garam
Kiub pati ayam
Air

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang putih + bawang merah + halia + cili (dihiris nipis) hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam dada.
3. Masukkan air. Tambahkan perasa kiub pati ayam + perahan air limau. 
4. Biarkan mendidih.
5. Kecilkan api. Masukkan telur satu persatu.
6. Siap !   

P/s: Resepi dari Facebook @ Google untuk rujukan kami satu family :)

Updated by: Kakbena.

Good Luck !