Tuesday, May 2, 2017

Tomyam Campur Ala Thai

A) Bahan-bahan:



1. Cili Kisar: 4 sudu besar
2. Serai: 5 batang (ketuk bahagian hujung)
3. Daun limau purut: 6 keping
 



4. Kobis bunga + Carrot
5. Tomato: 2 biji (Belah Epal)
 6. Cendawan: 1 paket



7. Kiub pati tomyam Maggie: 2 kiub
8. Pes tomyam (Penutup putih)
9. Pes tomyam Thai (Penutup biru): 1 sudu besar
10. Seafood: Udang + sotong + isi ayam



11. Bawang Holland: 1 biji ( Hiris besar)
12. Cili padi: 6 biji (Ketuk kalau mahu pedas)



B) Cara-cara: 

 
1. Tumis cili kisar. Masukkan serai. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan kiub tomyam maggie.
3. Masukkan air (Paras: 1/2 periuk)


4.  Masukkan 2 jenis pes (tomyam: cap putih +  tomyam thai: cap biru) .


5. Masukkan udang + sotong + isi ayam.
6. Masukkan cendawan. Biarkan sehingga mendidih.
7. Masukkan tomato (Last sebab lembut & elak lembik)

 
8. Masukkan bawang Holland + cili api + daun limau purut.
9. Tambahan: Perahkan air 1 biji limau kasturi (buang biji)


10. Tambahkan garam + ajinamoto (1 teaspoon)
11. Siap ! Hidangkan :)


P/s: Resepi dari Facebook @ Google untuk rujukan kami satu family :)
Updated by: Kakbena.

Good Luck !